sebenarnye puisi (eh puisi ke?) ni aku tulis time muda remaja montok cumel nak mampus popular muka licin dan sewaktu dengannya
tajuk je mcm jiwa ranap heartbroken mcm kena malapetaka tahap kelapan tp sebenarnya time tu ilham datang mencurah2 ke ladang kentang. tetibe je tangan ni laju je dok taip macam2 ala2 jiwa robek
basically, ni la hasil beberapa jam dok ngadap laptop sambil disinari silauan matahari senja (pdhal terik nak mampus tp xde tempat nak alih) hoho
Cinta
Mudahnya kau hadir
Memberi sinar baru
Ke lubuk hati
Yg gersang
Yang diselubungi kegelapan
Dan kehampaan
Membawa harapan baru
Ke dunia tandus
Dunia ku yang pudar
Kau ibarat nyawa
Setelah ku berhempas pulas
Meredah gelombang dugaan
Merentas aliran cabaran
Menahan gelora tohmahan
Insan-insan berhati kering
Mereka yang hanya pandai
Mengeluarkan kata-kata
Fitnah
Dusta
Nista
Dan tidak berperikemanusiaan
Segalanya diperkotak-katikkan
Diejek
Dihina
Ibarat sampah
Yang kotor
Jijik
Busuk
Kejam sekali!
Tetapi
Cinta mengajarku
Menjadi insan yang lebih tabah
Menghadapi dunia yang berkabut
Cinta memberi ku arah
Melalui segalanya
Tanpa jemu memimpin
Memandu hidup ku
Melebarkan sayap harapan
Yang membawa ku ke dimensi baru
Namun….
Kini ia telah pergi
Di kala ku mengharapkan mu di sisi
Meninggalkan ku terkontang-kanting
Meninggalkan bisa yang maha pedih
Mencucuk-cucuk segenap saraf ku
Meracun hati
Menyiat-nyiat perasaanku
Merobek harapan ku
Tanpa sebarang amaran
Mahupun petanda
Dan aku lemas di lautan sengsara
Tertanya-tanya
Mengapa harus begini akhirnya?
Mengapa ini yang harus terjadi?
Apa salahku?
Mengapa?
Cinta yang selama ini yang ku idamkan
Yang ku sanjung
Yang ku dambakan
Telah memalingkan mukanya dengan angkuh
Hilanglah segala petunjuk kehidupan yang diberi
Terhapuslah janji-janji
Terlepaslah impian dan cita-cita
Terlerailah ikatan
Yang telah direka dengan penuh belaian
Dibentuk dengan penuh Kasih sayang
Tika ini
Hanya air mata yang menjadi teman
Menjadi sahabat paling karib
Sahabat yang sering menjenguk ku
Menemani ku saban hari
Mengiringi hidup
Kerana
Hati yang telah terbelah
Dek janji palsu
Telah melimpahkan darah
Yang tidak bisa kering
Tidak bisa sembuh
Meninggalkan parut hodoh
Yang dalam lagi berbekas
Di lubuk hati yang ikhlas
Suci ini
Segalanya berubah
dalam sekelip mata
semuanya berkecai
musnah
hancur lebur
bak kaca yang terhempas
di batuan lautan kesepian
dan terbawalah aku
oleh ombak ganas
yang melenyapkan
sisa-sisa cinta yang berbaki
dan gelaplah duniaku
tertutuplah pintu hati
terhindarlah harapan
terkuburlah perasaan
tersisihlah aku
dalam kegelapan
dalam kesedihan
dalam keputusasaan
dalam cinta bersulam air mata
yang tidak berkesudahan
benda ni aku da penah masukkan kat myspace zaman dahulu kala and the feedback mcm biasa la, sume org dok bagi kata- semangat supaya aku tabah, sabar bla bla bla bla
time tu punye la bangga sbb emosi yg aku tarok dalam ni sampai kat pembaca hahaha =P